Sunday 9 December 2012

Aktiviti pada hari berlangsungnya Mascara Showcase




Aktiviti Di Maskara Showcase...........





Sepanjang program  ini berlangsung, banyak pengalaman dan pengetahuan yang kami  perolehi daripada Sindiket Sol-Jah ini. Antaranya adalah penjualan buku-buku yang sangat sesuai kepada semua golongan pembaca.  Tambahan pula, buku-buku yang dijual di setiap gerai samada di dalam mahupun di luar Perpustakaan adalah merupakan buku hasil karya mereka sendiri. Hal ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai bakat yang sangat mendalam dalam bidang penulisan. Bagi pengetahuan anda, Sindiket Sol-Jah ini memperolehi modal hasil daripada jualan-jualan buku tersebut.










buku TENTANG ni BESTSELLER tw,,mmg bez! kitorg beli :)




Kami juga sempat menemubual salah seorang penjual buku-buku Sindiket Sol-Jah  tersebut iaitu seorang artis Malaysia. Beliau yang dimaksudkan adalah Pekin Ibrahim yang telah menerbitkan sebuah buku  yang bertajuk “Memoir Bukan Memoir”. Beliau bukan sahaja hadir ke program ini untuk mempromosikan buku terbitannya, tetapi juga untuk memberi ilmu pengetahuan dan pengalaman beliau sepanjang menyertai Sindiket Sol-Jah ini. Contohnya, penglibatan beliau dalam filem pendek bertajuk “Persona Ter” arahan oleh Khir Rahman yang telah ditayangkan di dalam dewan Perpustakaan.



 Ini adalah gambar Pekin Ibrahim ,,,,orang yang turut hadir di Auditorium tersebut.


Ini pula adalah gambar Khir rahman ,,orang yang membuat filem pendek ''Pesona Ter''
p/s : korang ni cam ke tak, sapa KHIR RAHMAN & PEKIN IBRAHIM??? Dorang ni ARTIS TAU!! <3

No comments:

Post a Comment