Sunday 9 December 2012

Maskara Showcase



            

                  Kami Kumpulan DE 'BABES telah menghadiri satu program yang bertempat di Auditorium , Library Kuala Lumpur pada 17 November - 18 November. Progaram ini dinamakan Mascara Showcase.Program ini telah dianjurkan oleh Sindiket Soljah.

ini adalah gambar perpustakaan Kuala Lumpur.




Ini adalah peta menuju ke perpustakaan ,Kuala Lumpur









Latar Belakang Sindiket Sol-Jah

Sindiket Sol-Jah ini telah ditubuhkan pada tahun 2005 oleh 5 orang  yang terdiri daripada  
  •  Sinaganaga,
  •  OP Zaharin, 
  • Jigo, 
  • Vovin (Nazri M Anuar)- penulis PTS, 
  • dan Amir Mukris.

Pada tahun 2012, ahli Sindiket Sol-Jah telah bertambah dan menjadikan ahli tersebut  seramai 9 orang. Hal ini menunjukkan bahawa Sindiket Sol-Jah telah berjaya menarik minat beberapa orang ramai untuk menyertai mereka. Di samping itu, mereka juga telah  mendapat sambutan yang menggalakkan serta sokongan padu  daripada orang ramai dari semasa ke semasa. 

Hasil temuduga yang kami perolehi daripada orang kuat Sindiket Sol-Jah  iaitu Sinaganaga menyatakan bahawa tujuan utama penubuhan program ini adalah untuk memberi peluang kepada orang muda meluangkan masa  mereka bagi mengeksperisikan diri dengan cara meluahkan perasaan melalui seni dan bakat mereka. Walaubagaimanapun, program  ini bukan hanya sekadar melibatkan golongan  muda  tetapi juga kepada golongan tua yang mempunyai minat yang tinggi untuk menyertai Sindiket Sol-Jah.


Sindiket Soljah ini mendapat modal hasil daripada jualan buku - buku yang mereka terbitkan ,
jualan t - shirt , entry blog dan duit mereka sendiri. Buku buku yang mereka print dan terbitkan itu  dinamakan ''zine''

Ini adalah gambar ahli Sindiket Soljah





No comments:

Post a Comment