Friday 25 January 2013

~Hantaran ~




Soalan:Kenapa belanja hantaran kawin sekarang nie tinggi sangat ustaz? Mana yang lebih berkat, belanja hantaran yang tinggi atau yang rendah?

Ustaz Azhar Idrus:Jawapannya kita ikut apa yang Nabi kata, iaitu perkahwinan yang paling berkat ialah yang paling rendah mas kawinnya. Walaupun kita dah dengar nie berulang kali tapi kita buat-buat tak dengar, seolah-olah apa yang Nabi kata takde makna apa-apa buat kita.Kita tak mau berkat.

Kita mau dipandang tinggi. Kita mau bermegah-megah. Kita mau berlumba-lumba. Memang Allah pun sudah kata yang manusia ni suka bermegah-megah, berlumba-lumba bab dunia, sehingga dia masuk lubang kubur baru berhenti (surah at-Takathur).

Yang mas kawin tinggi ni sepatutnya quran hadis dalam dada, pandai menjahit, pandai masak serba-serbi. Masak tradisional boleh. Masak western boleh. Masak sushi Jepun pun boleh. Ini mas kawin 20ribu tapi pandai masak cekodok jer!

~Salam Hadrah~

No comments:

Post a Comment