Friday 25 January 2013

KIsah Rasulullah yang sering diludah oleh Seorang Wanita





Rasulullah SAW sering sahaja berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah. Ketika baginda SAW sedang dalam perjalanan ke masjid tiba-tiba ada seorang wanita tua sedang menunggunya, apabila tibanya Rasulullah SAW di tempat wanita tua itu tiba-tiba sahaja wanita tua itu meludah ke arah Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW tidak mengetahui punca kenapa wanita tua itu meludahnya dan kejadian itu berulang semula pada keesokkan harinya namun Rasulullah SAW tidak pernah marah atau bermasam muka terhadap wanita tua itu malah Rasulullah SAW tetap memberikan senyuman kepada wanita tua itu.Begitulah keperibadian mulia Rasulullah SAW yang tiada bandingannya itu. Setelah hampir setiap hari wanita tua itu akan sentiasa menunggu Rasulullah SAW melalui jalan itu dan meludah ke arah baginda SAW.

Pada suatu hari ketika Rasulullah SAW melaui jalan yang sama untuk ke masjid tiba-tiba wanita tua itu tiada di tempat yang biasa. Rasulullah SAW merasa hairan. Lalu Rasulullah SAW bertanya kepada salah seorang yang biasa melihat wanita tua itu, "Kemanakah perginya wanita tua yang selalu berada di sini?""Khabarnya wanita tua itu telah jatuh sakit dan dia ada di rumahnya." Kata seorang lelaki yang biasa melihat perempuan tua itu meludah Rasulullah SAW tiap hari.Lalu Rasulullah SAW bertanya lagi, "Di manakah rumahnya? Saya ingin menziarahinya.""Jika Tuan ingin menziarahinya saya sedia membawa tuan kerumahnya." Kata lelaki itu kepada Rasulullah SAW.

Sesampai sahaja di rumah perempuan tua yang biasa meludah Rasulullah SAW itu ternyatalah benar bahawa perempuan tua itu sedang sakit dan terbaring. Perempuan tua itu terkejut kerana orang yang dia paling benci itu dan orang yang dia sering ludah itu datang menziarahinya ketika dia sedang sakit."Ampunkan saya Ya tuan. Racun yang saya beri madu yang tuan berikan kepada saya. Saya tidak sangka ada manusia yang hatinya sangat mulia dan suci. Tidak pernah marah kepada saya apabila tiap kali saya mengeji dan meludah. Maafkan saya ya Tuan." Kata wanita tua itu berkali-kali.Rasulullah SAW hanya tersenyum dan telah memaafkan wanita tua tersebut.

No comments:

Post a Comment