Sunday 27 January 2013

Kita merasa sedih







Kita merasa sedih kerana tidak punya wajah menawan,
Ada orang sedang bersedih kerana wajahnya cacat!

Kita merasa sedih kerana tidak mampu membeli kasut berjenama,
Ada orang sedang bersedih kerana telah kehilangan kaki!

Kita merasa sedih kerana tiada pelajaran tinggi,
Ada orang sedang bersedih kerana tidak mampu bersekolah!

Kita merasa sedih kerana tidak berjawatan tinggi,
Ada orang sedang bersedih kerana tidak mendapat pekerjaan!

Kita merasa sedih kerana tinggal di rumah kecil,
Ada orang sedang bersedih kerana tiada tempat untuk berteduh!

Kita merasa sedih kerana masih tidak bertemu jodoh,
Ada orang sedang bersedih kerana jodohnya tidak seperti yang diharapkan!

Kita merasa sedih kerana tiada zuriat,
Ada orang sedang bersedih kerana langsung tidak pernah berkahwin!

Kita merasa sedih kerana ayah ibu telah pergi buat selamanya,
Ada orang sedang bersedih kerana tidak pernah mengenal siapa ayah ibunya!

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”
(Surah Ibrahim:Ayat 7)

-nurim iman

No comments:

Post a Comment