ADAKAH DIA JODOH KITA?
Telitilah setiap tips yang diberikan
dibawah mungkin ada manfaatnya buat
anda.
●Cinta itu tidak dapat dipegang atau
dipandang seperti benda tetapi ia dapat
dirasakan melalui hati yang ikhlas dan
jujur.Tanyalah pada hati apa atau siapa yang
ada didalamnya.
●Jangan memilih pasangan
berdasarkan paras rupanya,kerana harta
ataupun pangkatnya.Eloklah memilih
kerana hati anda memang benar-benar
sukakannya.
●Andainya anda ingin memilih
pasangan berdasarkan pangkat dan
harta.Harus diingat bahawa semuanya
hanyalah sementara, dan pinjaman dari
Tuhan semata-mata.Bila-bila masa
Tuhan boleh menarik balik apa yang
diberikan.Usah anda tertipu dengan
tarikan dan godaan material.
●Jika memilih pasangan berdasarkan
paras rupa memangnya tak
salah.Tetapi,apakah kecantikan atau
ketampanan itu akan kekal selamanya?
Fikirkanlah..sekiranya pasangan anda
cantik/tampan seperti model-model,
apakah anda boleh sehebat dan sama
rata dengannya?Mungkin lebih baik jika
memilih yang sedap mata memandang
saja..
●Janganlah terpedaya dengan apa yang
anda nampak pada luaran pasangan
sahaja kerana apa yang penting
dalamannya.Misalnya beradab,bersopan
santun,pengasih,penyayang,
dan sebagainya.
●Tidak dinafikan ada yang memilih
untuk memiliki hak orang lain.Sebaik-
baiknya,elakkanlah dari bersikap
sedemikian.Hakikatnya,tiada siapa yang
sebenarnya rela dan sanggup berkongsi
kasih.Sesiapa pun mahukan orang yang
dicintai milik dirinya seorang saja.
●Elakkan dari memilih pasangan yang
tidak menghormati dan menghargai diri
anda.Misalnya pasangan yang berani
memukul,menghina,dan tidak
menunjukkan kasih sayangnya.Biarlah
anda tak memiliki si dia asal maruah dan
harga diri terjaga.Bukankah cinta itu
seharusnya memberikan kebahagiaan
bukan penderitaan.
●Kiranya anda terpaksa memilih
diantara banyak pilihan,pilihlah orang
yang menyayangi dan sanggup
bersusah kerana anda.Cintai orang yang
menyintai anda dan anda pun
menyintainya.Ketepikanlah orang yang
hanya anda saja menyintainya
sedangkan dia hanya menganggap anda
sebagai peneman hidupnya saja.
●Andai anda disuruh memilih menurut
pilihan ibubapa,usahlah bimbang dan
risau.Setiap ibubapa pasti mahukan
yang terbaik untuk anaknya.Jika anda
belum bertemu orang yang sesuai,tiada
salahnya mengikut pilihan dan
kemahuan ibubapa.
●Yakin dan tetapkan hati dengan
pasangan yang anda pilih.
Jangan
mudah berubah hati hanya kerana anda
rasa ada yang lebih baik darinya.
No comments:
Post a Comment