Friday, 1 February 2013

Darjah Ilmu Syariat Yang benar




 DARJAH ILMU SYARIAT YANG ZAHIR

Apabila terbaca sj kata2 Syariat yg zahir ini, seolah-olah disebaliknya seakan-akan ada pula Syariat yg batin. Memang sudah pasti tiap2 yg zahir tentu ada pula Syariat yg batin.

Adapun Syariat yg zahir ini meliputi ilmu dan amal yg dikerjakan oleh anggota zahir. Sedangkan yg dikatakan Syariat batin itu juga meliputi ilmu dan amal tapi dikerjakan oleh hati.

Ilmu pengetahuan umum yg dipelajari di sekolah2 umum atau di sekolah2 agama sejak berumur 7 tahun smpai ia mati iaitu ilmu yg diambil dari cikgu, ustaz dan ustazah yg dpt ditulis, dibaca, difaham, difikir, direnung, dibahas, dihafal, dimuthala'ah, dimuzakarah, diceramahkan, didiskusikan, dikuliyahkan, dipraktekkan dan langsung diamalkan. Itulah ilmu Syariat zahir yg dimulai dari sekolah rendah sampai ke Universiti hingga dapat title Diploma, Ijazah, Phd. Ini semua tidak lari dari ilmu pengetahuan lahiriah shj.

Begitu juga sekolah2 agama sejak dari pondok/pesantren hingga sampai ke Universiti Islam dan mendapat Diploma, Ijazah, Doktor Fid Din-Al Ustaz, Abuya itu semua tidak lebih dari martabat ilmu Syariat zahir. Misalkan umpamanya sejak mula kita belajar mengaji surah 'Amma, itu hanya sekadar mengetahui kata2 Allah dalam Al-Quran dan dpt dijadikan ayat2 dalam bacaan solat dan jika dipelajari tajwidnya supaya tepat bacaannya menurut bacaan Al-Quran dari dasar lisan Jibril A.S seperti Firman Allah:

"Dan bacalah Al-Quran itu dgn bacaan yg sebaik-baiknya"

Dan mengenai Nahu dan Sharaf itu hanya untuk kesempurnaan ilmu tata bahasa Arab. Begitu juga ilmu manthik, ilmu ma'ni, ilmu bayan, bilaghah dan lain2nya itu utk menyusun kata2. Dipelajari pula tafsir Al-Quran atau hadis Nabi itu adalah untuk mengenal hukum2 Allah. Tapi kenalkah kita dgn Allah jika hanya sekadar mempelajari ilmu seperti ini sahaja? Sedangkan hanya mempelajari ilmu pengetahuan agama yg zahir shj tidak bisa kenal akan Allah kalau belum diselangi dgn ilmu hakikat (Syariat batin).

P/S: Wahai sahabat2ku yg dirahmati Allah, jika ada perkongsianku ini yg masih dirasakan kurang mohon ditegur dan ditambah isinya..

No comments:

Post a Comment