Friday, 1 February 2013

mengekalkan hubungan jarak jauh






TETAP BERHUBUNGAN SETIAP SAAT

Tidak terputus hubungan adalah kunci perhubungan cinta jarak jauh. Chatting, SMS atau e-mel secara teratur adalah salah satu langkah terbaik yang dapat dilakukan bagi menyelamatkan hubungan.

LAKUKAN AKTIVITI KEGEMARAN

Jangan mensia-siakan hidup hanya kerana si dia berada jauh dari pandangan. Lakukan aktiviti harian kamu seperti biasa. Jika dahulu kamu tidak mempunyai masa, maka gunakanlah masa yang ada dengan sebaik mungkin.

JANGAN BIARKAN PERSELISIHAN BERPANJANGAN

Jika berlaku perselisihan faham, selesaikan dengan segera, jangan dibiarkan terlalu lama kerana takut menjadi semakin rumit dan jangan sesekali mengabaikan mesejnya.

TUNJUKKAN PERHATIAN KAMU

Jangan jadikan jauh sebagai alasan! Tunjukkan kepadanya perhatian yang telah kamu berikan. Kirimkan kepada si dia e card yang lucu, hangat dan menyentuh perasaan.

REALITI

Jangan fikir dunia sudah berubah jika kamu bersatu kembali akhirnya. Ada banyak perkara yang terjadi dan perlu di fahami semasa kamu terpisah. Mungkin keadaan tidak lagi sama seperti dahulu. Oleh itu, luangkan masa bersama dan berbincang dengan baiktentang diri kamu semasa terpisah dahulu. Ia adalah cara terbaik untuk memahami kehidupan masing-masing.

BERDOA

Dan yang terakhir sekali adalah amat penting untuk anda berdoa kepada Tuhan yang maha Esa dan pintalah padanya supaya hubungan anda dengan dia berkekalan dan dipanjangkan jodoh.

No comments:

Post a Comment