Sunday, 17 February 2013

pesanan




Pesanan pertama Syura Malaysia Maulana Abdul Hamid dalam Jord Kuching...

Nasihat daripada Maulana Abdul Hamid Chin:
Dalam beramal kita kena selalu BERHATI2 dan mengawasi niat kita kerana 2 perkara pasti akan datang ketika beramal iaitu UJUB dan KIBIR...

Peringkat pertama ujub, iaitu kita berasa 'hairan', kenapa orang lain x boleh beramal tapi aku boleh... Inilah ujub, hadirnya ujub ini akan menyebabkan SIA2 amalan yang kita buat...

Peringkat kedua adalah kibir, iaitu berasa 'besar' diri, apabila dia terasa dirinya hebat kerana boleh beramal suatu amal tapi orang lain x boleh maka inilah kibir, sehinggakan kata beliau merasakan dirinya yang sepatutnya diberi tugasan atau jawatan yang lebih tinggi itupun kibir, malah beliau berkata lagi contohnya, aku x nak duduk di saf pertama kerana Nak menunjukkan tawadhu' punya pasal, maka inipun dikatakan 'kibir'.

Setiap kita yang beramal dengan perintah Allah haruslah sentiasa berhati-hati dan mengawasi niat kerana penyakit hati ini datang kepada seluruh manusia apatah lagi mereka yang menjadi imam, amir(ketua), pemberi tazkirah, mufti dan tugasan dan jawatan yang sewaktu dengannya.

Sekiranya tidak ianya akan menjadi "هبأ منثورا" debu yang berterbangan..
~Semoga Allah swt bagi kita hakikat sebenar ikhlas niat dan dihindarkan dari penyakit hati ini~

No comments:

Post a Comment