Wednesday 3 April 2013

25 Amalan Yang Dijamin Masuk Syurga.........^_^






  • Sesiapa bertemu dengan Allah tanpa syirik dengan sesuatu, masuk syurga..
  • Sesiapa beriman kepada Allah SWT, RasulNya, menunaikan solat dan berpuasa pada bulan Ramadhan, maka dia berhak memasuki syurga.
  • Sesiapa membina masjid kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT, Allah membina sebuah mahligai yang sama nilai dengan masjid didalam syurga kelak.
  • Sesiapa solat Subuh dan Isyak, masuk syurga.
  • Sesiapa berulang-alik pagi dan petang ke masjid dia kan mendiami syurga.
  • Sesiapa dapat menjaga mulut dan kemaluannya pasti dapat memasuki syurga.
  • Sesiapa menunaikan solat sunat 12 rakaat malam dan siang pasti memasuki syurga.
  • Sesiapa berjalan dengan tujuan menuntut ilmu Allah SWT memudahkan baginya laluan ke Syurga.
  • Sesiapa menjawab azan dengan sempurna pasti masuk syurga.
  • Sesiapa berwuduk dengan sempurna dan melaksanakan solat sunat wuduk 2 rakaat, pasti masuk syurga.
  • Sesiapa meredhai Allah SWT sebagi Tuhannya, Islam sebagai agamanya dan Nabi Muhammad sebagai nabinya pasti masuk syurga.
  • Sesiapa mengakhiri hidupnya dengan kalimah لا إله إلا الله pasti masuk Syurga.
  • Sesiapa membaca doa سبحان الله العظيم وبحمده dia akan memetik tamar di dalam syurga.
  • Sesiapa mati dan tidak memilki sfat takabbur, melakukan perkara sia-sia dan tidak memilki hutang maka masuk syurga.
  • Sesiapa berdoa dengan doa اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت ، أعوذ بك من شر ما صنعت ، أبوء لك بنعمتك عليَّ وأبوء لك بذنبي فاغفر لي ، فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت . pada siang hari lalu dia meninggal di malam hari, maka masuk Syurga serta menjadi ahli syurga dan begitulah disebaliknya.
  • Sesiapa melaungkan azan selama 12 tahun, pasti dia dapat memasuki Syurga.
  • Sesiapa berdoa memohon syurga sebanyak 3 kali dengan lafaz اللهم أدخله الجنة pasti masuk syurga.
  • Sesiapa menziarahi pesakit, samada suadaranya, Allah kan menyuruh malaikat mendoakan kebaikan sepanjang perjalanan pergi dan balik dari rumah pesakit yang diziarahinya. pasti dia memasuki Syurga.
  • Bersedekah membawa kepada kebaikan, setiap kebaikan pasti memperolehi Syurga.
  • Membenarkan agama Allah dan berjihad Di jalan Allah pasti masuk syurga.
  • Menyebarkan keamanan, memberi makan kepada orang ramai, menghubung silaturrahim pasti masuk Syurga.
  • Mereka yang berjaya mendapatkan haji mabrur dan menjaga dari sebarang dosa diantara dua umrah.
  • Sesiapa menghafaz 99 nama Allah SWT, masuk Syurga.
  • Membuang kayu yang menghalang laluan orang ramai, atau yang menyakiti orang ramai.
  • Sesiapa membebaskan dua orang hamba jariah. Aku dan dia bersama dalam syurga
  • No comments:

    Post a Comment