Saturday 30 November 2013

[TIPS DIDIK ANAK]

[TIPS DIDIK ANAK]



Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun dan pukul mereka sekiranya tidak bersembahyang pada usia 10 tahun dan pisahkan antara mereka di tempat tidur."

Ulama berpendapat daripada hadis itu, Islam menyuruh ibu bapa mengajar anak membiasakan diri dengan ibadat sama ada sembahyang, berpuasa dan bersedekah sejak kecil. Hikmahnya supaya anak dapat mengenali hukum hakam dalam beribadat sejak kecil, menanamkan rasa kecintaan kepada Allah, mensyukuri segala nikmat Allah, menyucikan jiwa anak, kesihatan fizikal, akhlak dan perbuatan serta perkataannya. 

Namun, mengapa Nabi berkata pukullah anak yang tidak mahu menunaikan solat pada usia 10 tahun? Mengapa tidak umur 7 tahun?

Pakar psikologi berpendapat anak yang berumur prabaligh (sekitar 10 hingga 12 tahun) boleh memahami kesan hukuman yang dikenakan dan sebab perbuatan itu tidak dibenarkan atau boleh dilakukan.

Anak yang kecil tidak faham jika dia didenda atas kesalahannya.
Justeru, jika anak kecil didenda, dia mungkin mengulangi perbuatannya itu tanpa pengetahuan ibu bapanya. Dia tidak melakukan perbuatan itu jika ibu bapa ada atau jika dia mendapat ganjaran dengan tidak melakukan perbuatan itu. Contohnya, kalau dia tidak memukul adik, ibu akan memberinya coklat tetapi jika ibu tiada atau tidak memberinya coklat, dia akan memukul adiknya semula.

=======================

No comments:

Post a Comment