Wednesday, 19 November 2014

Persenyawaan Luar Rahim (IVF)






Persenyawaan luar rahim (IVF) ni adalah dibawah ART ( Assisstant Reproductive Technique).

1        Persenyawaan Luar Rahim (IVF)
Persenyawaan Luar Rahim(IVF) merupakan proses persenyawaan sperma lelaki di luar rahim wanita.IVF ini adalah rawatan bagi kemandulan pasangan menggunkan teknologi. Proses ini membabitkan pengawalan hormone bagi proses ovulatori dengan mengambil ovum (telur) dari ovary wanita dan membiarkan sperma persenyawaan dalam perantaraan cecair.Persenyawaan ini dilakukan dalam bekas kaca seperti bikar,tabung uji,atau piring petri. Bagaimanapun pesenyawaan ni selalunya dilakukan dalam bekas yang lebih tohor seperti piring petri. Telur yang telah disenyawakan (zigot) kemudian akan dipindahkan kepada uterus pesakit. Kelahiran pertama “bayi tabung uji” Louise Brown ialah pada tahun 1978.

1.1 Langkah asas dalam teknik IVF:
Langkah yang pertama adalah pengovulasian (merangsang ovari supaya menghasilkan lebih dari satu ovum atau telur untuk satu kitar haid).Langkah yang kedua adalah adalah pengeluaran telur dan persenyawaan. Seterusnya adalah pengkulturan embrio dan yang terakhir adalah pemindahan embrio.

1.2 Kenapa IVF?
        i.            IVF adalah salah satu pilihan bagi pasangan yang menghadapi pelbagai masalahkesuburan. Teknik ini membolehkan para doktor melaksanakan proses yang sepatutnya berlaku atas kelamin.
      ii.            Pada mulanya, teknik IVF ini hanya dilaksanakan dalam keadaan tiub Fallopio perempuan yang tersekat, musnah atau tiada langsung.
    iii.            Kini, secara praktikal, IVF digunakan bagi mengatasi masalah kemandulan yang berpunca dari pelbagai masalah lain. Antaranya:
(i) endometriosis (tisu rahim yang tidak nomal-wujud di luar rahim)
(ii) masalah imunisasi (daya tahan badan)
(iii) kemandulan yang tidak diketahui puncanya
(iv) kemandulan yang berkaitan dengan lelaki.

1.3 Ujian Sebelum Melakukan IVF
Untuk melaksanakan IVF, hanya tiga perkara diperlukan iaitu telur atau ovum, sperma , rahim atau uterus

Antara ujiannya ialah :
 (i) Ujian Ketahanan Sperma.
 Ujian ini dilakukan dengan cara mengeluarkan air mani menggunakan cara sama yang akan digunakan dalam proses sebenardan bertujuan memeriksa bilangan sperma yang ada dalam cecair mani lelaki mencukupi atau tidak  untuk proses IVF. Ujian ini penting bagi memilih kaedah yang sesuai bagi mengendalikan sperma untuk proses IVF.

(ii) Ujian hormon FSH dalam darah.
 FSH adalah hormon yang bertanggungjawab merangsang pengeluaran telur. Ujian ini bertujuan
memastikan ovari mengeluarkan telur yang cukup selepas proses pengovulasian. Bagi wanita yang sudah berumur terdapat rawatan lain yang perlu dilakukan dan jika ovari mengalami kegagalan,penderma diperlukan .

(iii) Ujian hysteroscopy.
Ujian ini dilakukan bagi memastikan ruang rahim dalam keadaan normal. Ujian swab (pengambilan cecair dari faraj) akan dilakukan untuk mengesan jangkitan yang terdapat pada serviks (pangkal rahim).

(iv) Masalah mengeluarkan air mani
Bagi lelaki yang menghadapi masalah mengeluarkan air mani ,klinik boleh membekukan sampel mani dan menyimpannyasebagai langkah berjaga-jagauntuk memastikan proses IVF tidaktergendala kerana masalah bekalan mani yang terputus.

(v) Ujian darah
Antara ujiannya adalah ujian ketahanan,rubella, Hepatitis B dan AIDS.

1.4  Proses Tabung Uji
1.      Isteri diberi ubat yang akan merangsang ovari untuk mengeluarkan sel telur dan diberikan pada hari permulaan haid dan dihentikan apabila sel itu matang
2.      Pematangan sel akan dipantau setiap hari menggunakan ultrasonografi.
3.      Mengambil sel telur dengan penusukan jarum di vagina wanita
4.      Setelah sel-sel telur berjaya dikeluarkan,persenyawaan dengan sel suami akan dilakukan di dalam tabung petri
5.      Apabila cantuman sel isteri dan suami dipertemukan dalam tabung petri, sel tersebut akan dibesarkan dalam peti pengeram dan pemantauan dilakukan 18-20 jam kemudian.
6.      Embrio yang berada dalam peringkat pembahagian sel akan diimplantasikan ke dalam rahim isteri.
7.      Dalam masa !4 hari selepas embrio diimplantasikan ke dalam rahim tidak berlaku maka periksaan air benihnya untuk kehamilan akan dilakukan.Kehamilan baru dipastikan dengan pemeriksaan ultrasonografi seminggu kemudian.

1.5  Kunci Kejayaan IVF
Antara kunci kejayaan IVF ini adalah:
                    i.            Lebih satu telur dihasilkan
                  ii.            Telur-telur yang terhasil mesti matang
                iii.             Ovulasi tidak berlaku sebelum telur-telur dapat dikumpul
                iv.            Telur berada pada kedudukan yang sesuai untuk dikumpul
                  v.            Sperma perlu mempersenyawakan sekurang-kurangnya satu telur
                vi.            Telur yang tersenyawa mesti membahagi dan membesar dengan normal
              vii.             Embrio dapat menempel pada dinding rahim




1.6  Masalah Penempelan  (Mengapa tidak semua embrio menghasilkan anak?)

Terdapat berbagai masalah ketika penempelan anataranya ialah embrio yang dipindahkan tidak berjaya menempel pada dinding rahim dan  hanya 10% daripada embrio yang dipindah ke dalam rahim berjayamenghasilkan anak. Hal ini ada kaitan dengan teknologi kini yang tidak mampu memahami proses penempelan dikawal.

1.7  Pembekuan Embrio
Teknologi ini membenarkan embrio yang terhasil dari proses IVF disimpan untuk
jangka masa panjang dan diguna semula apabila diperlukan. Untuk tujuan ini, embrio-embrio biasanya dibekukan dalam nitrogen cecair (-196 darjah Celsius). Embrio beku mempunyai kualiti yang sama dengan embrio segar. Hal inidemikian kerana proses menyimpan embrio ini lebih murah dan berkesan daripada memulakan proses penghasilan embrio baru.

Antara tujuan menyimpan beku embrio ini adalah:
a.       sebagai simpanan untuk kelahiran seterusnya
b.      untuk tujuan kajian dan penyelidikan
c.       tujuan pendermaan

 Biasanya, hanya separuh daripada embrio yang dibekukan akan tahan hingga bertahun-tahun. Namun begitu, embrio yang masih tahan adalah selamat dan tidak menjadi sebab kecacatan masalah kepada IVF.




References : Journal test tube :AHMAD SHUIB YAHAYA

No comments:

Post a Comment