Persenyawaan luar rahim (IVF) ni adalah dibawah ART ( Assisstant Reproductive Technique).
1
Persenyawaan
Luar Rahim (IVF)
Persenyawaan
Luar Rahim(IVF) merupakan proses persenyawaan sperma lelaki di luar rahim
wanita.IVF ini adalah rawatan bagi kemandulan pasangan menggunkan teknologi.
Proses ini membabitkan pengawalan hormone bagi proses ovulatori dengan
mengambil ovum (telur) dari ovary wanita dan membiarkan sperma persenyawaan
dalam perantaraan cecair.Persenyawaan ini dilakukan dalam bekas kaca seperti
bikar,tabung uji,atau piring petri. Bagaimanapun pesenyawaan ni selalunya
dilakukan dalam bekas yang lebih tohor seperti piring petri. Telur yang telah
disenyawakan (zigot) kemudian akan dipindahkan kepada uterus pesakit. Kelahiran
pertama “bayi tabung uji” Louise Brown ialah pada tahun 1978.
1.1 Langkah asas dalam
teknik IVF:
Langkah yang
pertama adalah pengovulasian (merangsang ovari supaya menghasilkan lebih dari
satu ovum atau telur untuk satu kitar haid).Langkah yang kedua adalah adalah pengeluaran
telur dan persenyawaan. Seterusnya adalah pengkulturan embrio dan yang terakhir
adalah pemindahan embrio.
1.2
Kenapa IVF?
i.
IVF adalah salah satu pilihan bagi
pasangan yang menghadapi pelbagai masalahkesuburan. Teknik ini membolehkan para
doktor melaksanakan proses yang sepatutnya berlaku atas kelamin.
ii.
Pada mulanya, teknik IVF ini hanya
dilaksanakan dalam keadaan tiub Fallopio perempuan yang tersekat, musnah atau
tiada langsung.
iii.
Kini, secara praktikal, IVF digunakan
bagi mengatasi masalah kemandulan yang berpunca dari pelbagai masalah lain.
Antaranya:
(i) endometriosis (tisu rahim yang tidak
nomal-wujud di luar rahim)
(ii) masalah imunisasi (daya tahan
badan)
(iii) kemandulan yang tidak diketahui
puncanya
(iv) kemandulan yang berkaitan dengan
lelaki.
1.3 Ujian
Sebelum Melakukan IVF
Untuk melaksanakan IVF, hanya tiga
perkara diperlukan iaitu telur atau ovum, sperma , rahim atau uterus
Antara
ujiannya ialah :
(i) Ujian Ketahanan Sperma.
Ujian ini dilakukan dengan cara mengeluarkan air
mani menggunakan cara sama yang akan digunakan dalam proses sebenardan bertujuan
memeriksa bilangan sperma yang ada dalam cecair mani lelaki mencukupi atau
tidak untuk proses IVF. Ujian ini
penting bagi memilih kaedah yang sesuai bagi mengendalikan sperma untuk proses
IVF.
(ii) Ujian
hormon FSH dalam darah.
FSH adalah hormon yang bertanggungjawab
merangsang pengeluaran telur. Ujian ini bertujuan
memastikan ovari
mengeluarkan telur yang cukup selepas proses pengovulasian. Bagi wanita yang
sudah berumur terdapat rawatan lain yang perlu dilakukan dan jika ovari
mengalami kegagalan,penderma diperlukan .
(iii) Ujian
hysteroscopy.
Ujian ini
dilakukan bagi memastikan ruang rahim dalam keadaan normal. Ujian swab (pengambilan
cecair dari faraj) akan dilakukan untuk mengesan jangkitan yang terdapat pada
serviks (pangkal rahim).
(iv) Masalah
mengeluarkan air mani
Bagi lelaki yang
menghadapi masalah mengeluarkan air mani ,klinik boleh membekukan sampel mani
dan menyimpannyasebagai langkah berjaga-jagauntuk memastikan proses IVF
tidaktergendala kerana masalah bekalan mani yang terputus.
(v) Ujian
darah
Antara ujiannya adalah
ujian ketahanan,rubella, Hepatitis B dan AIDS.
1.4 Proses Tabung Uji
1.
Isteri diberi ubat yang akan merangsang
ovari untuk mengeluarkan sel telur dan diberikan pada hari permulaan haid dan
dihentikan apabila sel itu matang
2.
Pematangan sel akan dipantau setiap hari
menggunakan ultrasonografi.
3.
Mengambil sel telur dengan penusukan
jarum di vagina wanita
4.
Setelah sel-sel telur berjaya
dikeluarkan,persenyawaan dengan sel suami akan dilakukan di dalam tabung petri
5.
Apabila cantuman sel isteri dan suami
dipertemukan dalam tabung petri, sel tersebut akan dibesarkan dalam peti
pengeram dan pemantauan dilakukan 18-20 jam kemudian.
6.
Embrio yang berada dalam peringkat
pembahagian sel akan diimplantasikan
ke dalam rahim isteri.
7.
Dalam masa !4 hari selepas embrio diimplantasikan ke
dalam rahim tidak berlaku maka periksaan air benihnya untuk kehamilan akan
dilakukan.Kehamilan baru dipastikan dengan pemeriksaan ultrasonografi seminggu
kemudian.
1.5 Kunci Kejayaan IVF
Antara kunci
kejayaan IVF ini adalah:
i.
Lebih satu telur dihasilkan
ii.
Telur-telur yang terhasil mesti matang
iii.
Ovulasi tidak berlaku sebelum telur-telur
dapat dikumpul
iv.
Telur berada pada kedudukan yang sesuai
untuk dikumpul
v.
Sperma perlu mempersenyawakan
sekurang-kurangnya satu telur
vi.
Telur yang tersenyawa mesti membahagi
dan membesar dengan normal
vii.
Embrio dapat menempel pada dinding rahim
1.6 Masalah Penempelan (Mengapa tidak semua embrio menghasilkan anak?)
Terdapat berbagai masalah ketika
penempelan anataranya ialah embrio yang dipindahkan tidak berjaya menempel pada
dinding rahim dan hanya 10% daripada
embrio yang dipindah ke dalam rahim berjayamenghasilkan anak. Hal ini ada
kaitan dengan teknologi kini yang tidak mampu memahami proses penempelan
dikawal.
1.7 Pembekuan Embrio
Teknologi
ini membenarkan embrio yang terhasil dari proses IVF disimpan untuk
jangka masa
panjang dan diguna semula apabila diperlukan. Untuk tujuan ini, embrio-embrio
biasanya dibekukan dalam nitrogen cecair (-196 darjah Celsius). Embrio beku
mempunyai kualiti yang sama dengan embrio segar. Hal inidemikian kerana proses
menyimpan embrio ini lebih murah dan berkesan daripada memulakan proses
penghasilan embrio baru.
Antara tujuan
menyimpan beku embrio ini adalah:
a.
sebagai simpanan untuk kelahiran
seterusnya
b.
untuk tujuan kajian dan penyelidikan
c.
tujuan pendermaan
Biasanya, hanya separuh daripada embrio yang
dibekukan akan tahan hingga bertahun-tahun. Namun begitu, embrio yang masih
tahan adalah selamat dan tidak menjadi sebab kecacatan masalah kepada IVF.
References : Journal test tube :AHMAD SHUIB YAHAYA
No comments:
Post a Comment